PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (PINDAAN 2024) DAN PERATURAN-PERATURAN DI BAWAHNYA (PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025

JAS MELAKA 09/05/2025 9 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (PINDAAN 2024) DAN PERATURAN-PERATURAN DI BAWAHNYA (PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA

Penerangan

8 MEI 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESMA) telah selesai menganjurkan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya (Pengurusan Buangan Terjadual) bersempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 pada 7 Mei 2025 (Rabu) yang lalu bertempat di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. Seminar ini memberi peluang kepada 263 peserta terdiri daripada premis, industri, pempamer dan perunding alam sekitar dengan menyampaikan penerangan yang jelas berkaitan pengurusan buangan terjadual serta keperluan undang-undang yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Suhaimi bin Azmi, Timbalan Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Ts. Zaidi bin Mohamed@Awang, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Bahan Berbahaya, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan Puan Melissa Norsaily binti Zakaria, Pegawai Kawalan Kanan, Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya. Sebanyak 10 reruai berkaitan sistem pengurusan alam sekitar daripada American Air Filter, Greenverse Sdn Bhd, Switch Flow Resources Sdn Bhd, AMR Environment Sdn Bhd, CSQ Analytics Sdn Bhd, Nano Tree (M) Sdn Bhd, Crisben (M) Sdn Bhd, Master Jaya Greentech Sdn Bhd, Perunding Utama Sdn Bhd dan Laison Engineering Sdn Bhd turut diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Penganjuran seminar seumpama ini sedikit sebanyak mewujudkan kesedaran dalam kalangan pemain industri dalam pengurusan buangan terjadual samada pihak pengeluar buangan, pengangkutan dan pemerolehan kembali buangan. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama #KESMA2025