PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM eSWIS v2.0 (HANDS-ON ESWIS TRAINING DAN RECORD KEEPING) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025

JAS MELAKA 09/05/2025 10 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM eSWIS v2.0 (HANDS-ON ESWIS TRAINING DAN RECORD KEEPING) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA

Penerangan

8 MEI 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESMA) telah selesai menganjurkan Bengkel Penggunaan Sistem eSWIS v2.0 (Hands-on eSWIS Training & Record Keeping) bersempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 pada 6 Mei 2025 (Selasa) yang lalu bertempat di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. Seminar ini memberi peluang kepada 309 peserta terdiri daripada premis, industri, pempamer dan perunding alam sekitar dengan menyampaikan penerangan yang jelas berkaitan kaedah pelaporan kendiri dengan penggunaan sistem “eSWIS” v2.0 yang telah disampaikan oleh Puan Norsyazwani binti Che Mohamed, Seksyen Perlesenan, Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya. Sebanyak 9 reruai berkaitan sistem pengurusan alam sekitar daripada American Air Filter, Greenverse Sdn Bhd, Switch Flow Resources Sdn Bhd, Eco Solution Services Sdn Bhd, Ecowaste Synergy Sdn Bhd, S&J Lubricant Sdn Bhd, Kualiti Alam Sdn Bhd, Zabsi Industrial Ventilation Sdn Bhd dan S T Tech Engineering Sdn Bhd turut diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohd Suhaimi bin Azmi, Timbalan Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Jabatan ini komited untuk mengadakan bengkel secara berterusan bagi menyampaikan informasi serta maklumat secara terus dan terkini mengenai pengurusan alam sekitar yang berkaitan dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama #KESMA2025