Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM " YOUR NATURE, YOUR FUTURE. BE A RAKAN ALAM SEKITAR " BERSEMPENA DENGAN HARI BUMI 2025 DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
- Organisasi
- UNIT KESEDARAN DAN PENDIDIKAN
- Lokasi
- UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Penerangan
1. Program telah dijalankan dengan anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersempena dengan hari bumi dan hari lestari kali ke-2 (UMT).
2. Program telah dijalankan di serambi siswa kolej kediaman, UMT. Program dijalankan pada 30 April 2025 hari Rabu.
3. Program ini bertujuan untuk mencari rakan alam sekitar bagi tahun 2025, pencarian ini lebih mensasarkan pelajat ipt dan warga sekitar UMT. Sebuah pameran telah didirikan bagi memberi kefahaman kepada pelajar ipt tentang RAS dan terdapat banner yang diletakkan beserta dengan Qr code untuk mememudahkan pelajar atau warga sekitar untuk mendaftar menjadi rakan alam sekitar (RAS). Pihak JAS memberi tunjuk ajar dengan lebih terperinci untuk mendaftar menjadi rakan alam sekitar sehingga mereka berjaya mendaftar. Pihak JAS juga memberi sedikit cenderamata kepada mereka yang mendaftar sebagai rakan alam sekitar (RAS).