PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” UKM JAS SELANGOR BIL. 7/2025

normuhamad 09/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” UKM JAS SELANGOR BIL. 7/2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM

Penerangan

LAPORAN OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” UKM JAS SELANGOR BIL. 7/2025 Bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik, IPD Shah Alam, PDRM Tarikh: 6 Mei 2025 Masa: 1030H – 1200H Lokasi: Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26, Shah Alam Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” telah dijalankan oleh Unit Kawalan Motor (UKM) Jabatan Alam Sekitar Selangor bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Polis Diraja Malaysia. Operasi ini dijalankan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 45 dan Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Sepanjang tempoh operasi, dianggarkan sebanyak 143 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis melalui lokasi pemeriksaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 103 buah kenderaan telah ditahan untuk menjalani pemeriksaan visual dan ujian pelepasan asap menggunakan peranti Smoke Meter. Hasil saringan mendapati tiga buah kenderaan gagal mematuhi had ketumpatan asap 50 peratus seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. Bagi kesalahan ini, kertas siasatan akan dibuka untuk mendapatkan kelulusan kompaun daripada Pendakwa Raya Negeri di bawah Seksyen 45 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap pemilik kenderaan terbabit. Selain itu, Notis Arahan pemeriksaan semula asap di PUSPAKOM juga telah dikeluarkan mengikut Seksyen 48A(1) akta yang sama. Secara keseluruhan, sebanyak tiga kompaun dan tiga notis telah dikeluarkan dalam operasi ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan