PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN

maisarah 09/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
awasan Mak Chili, Bukit Mentok, Cukai, Desa Solehah, Kg Besut, Binjai

Penerangan

1. Tujuan Rondaan Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian. 2. Kawasan Pemantauan 1) Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kawasan Mak Chili, Bukit Mentok, Cukai, Desa Solehah, Kg Besut, Binjai. 2) Pemantauan susulan bagi kes kebakaran hutan berhampiran TPS Mak Chili. Hasil siasatan ialah : i) Kebakaran telah merebak kerana faktor cuaca panas dan berangin. Anggaran keluasan kebakaran ialah 13 hektar. Susulan bagi pemantauan pada 3.5.25, sehingga jam 6.00 petang tadi, pihak bomba memaklumkan dianggarkan jumlah kebakaran yang tinggal adalah sebanyak 0.5 hektar. iv) Nota makluman susulan berkenaan kebakaran ini telah dihantar kepada pegawai penyelia untuk semakan dan tindakan selanjutnya. 3. Pemantauan Projek Check Dam Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Sungai Kg. Mak Chili, TCD 54 dipantau dan mendapati ketinggian air agak rendah iaitu 0.4 meter. 4. Aduan PEGAWAI-2025-01339 JAS caw kemaman telah menjalankan siasatan di kawasan yang diadu. Pemplet telah diedarkan kepada penduduk sekitar dan Banner pembakaran terbuka telah di tampal bagi memberi amaran supaya tidak lagi melakukan pembakaran terbuka di kawasan tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan