PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN

maisarah 08/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
Kaw. Mukim Chukai, Binjai, Hulu Jabor, Pasir Semut dan Banggol (Mak Chili, Binjai, Mak Lagam, Geliga,, Jakar, Kubang Kurus, dan Paya Berenjut

Penerangan

1. Tujuan Rondaan Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian. 2. Kawasan Pemantauan 1) Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kaw. Mukim Chukai, Binjai, Hulu Jabor, Pasir Semut dan Banggol (Mak Chili, Binjai, Mak Lagam, Geliga,, Jakar, Kubang Kurus, dan Paya Berenjut). 2) Pemantauan susulan bagi kes kebakaran hutan berhampiran TPS Mak Chili. Hasil siasatan ialah : i) Kebakaran telah merebak kerana faktor cuaca panas dan berangin. Anggaran keluasan kebakaran ialah 13 hektar. Sebanyak 8 hektar telah dipadamkan dan 5 hektar masih berasap dan terbakar. iv) Nota makluman berkenaan kebakaran ini telah dihantar kepads pegawai penyelia untuk semakan dan tindakan selanjutnya. 3. Pemantauan Projek Check Dam Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Kawasan Mak Chili dan Bukit takal turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati check dam di mak chili agak kering iaitu 0.4 meter namuncheck dam di bukit takal beroperasi dengan baik dan bacaan aras air di Bukit Takal ialah 1.4m. Ini dapat membantu mengepung dan mengawal kebakaran yang berlaku daripada merebak lebih jauh. 4. Kempen kesedaran JAS caw kemaman telah menampal banner pembakaran terbuka di kawasan Mak Chili kerana terdapat sisa longgokan kayu daripada kerja pembersihan kawasan yang berpotensi menyebabkan pt berlaku

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan