Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PENGUATKUASAAN
- Lokasi
- Mukim Ladang, Bukit Besar, Rusila, Pulau Kerengga, Rantau Abang dan Merchang
Penerangan
1. Tujuan Rondaan
Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian.
2. Kawasan Pemantauan
Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Mukim Ladang, Bukit Besar, Rusila, Pulau Kerengga, Rantau Abang dan Merchang. Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini.
3. Pemantauan Projek Check Dam
Projek sistem Saliran dan Pembinaan Check Dam di Kg Rhu Batil dan Tok Kah turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati projek saliran ini berfungsi dengan baik tanpa sebarang impak negatif berikutan perubahan keadaan cuaca semasa.
4. Kempen Kesedaran
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di beberapa lokasi sebagai peringatan dan amaran kepada orang awam. Pamplet larangan pembakaran terbuka turut diedarkan kepada penduduk sekitar semasa rondaan dijalankan.
5. Pemantauan Sungai/Perairan Pantai
Pemerhatian telah dilakukan di beberapa anak sungai sekitar daerah Marang dan Pantai Kuala Abang Dungun. Hasil pemantauan mendapati tiada pencemaran disekitar lokasi tersebut.
6. Senarai Premis yang Dipantau
* Babena Mix Industries Sdn. Bhd.
* Afibrake Sdn. Bhd.
* Avialite Sdn. Bhd.
* RD Papers Sdn. Bhd.
* Tan Eng Ann (Honda Service) Sdn. Bhd.
* Jernih AisSdn. Bhd.
* Insidesa Concrete Sdn. Bhd.
* E.D. Woods Marketing Sdn. Bhd
* Mun Chuen Transports Sdn. Bhd.
Gambar / Video Penuh
Muat turun memerlukan log masuk. Sila log masuk untuk mengakses fail penuh.