PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN

maisarah 08/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
Kaw. Mukim Chukai, Binjai, Hulu Jabor, Pasir Semut dan Banggol (Mak Chili, Binjai, Mak Lagam, Geliga,, Jakar, Kubang Kurus, Pengkalan Sir dan Paya Berenjut

Penerangan

1. Tujuan Rondaan Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian. 2. Kawasan Pemantauan 1) Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kaw. Mukim Chukai, Binjai, Hulu Jabor, Pasir Semut dan Banggol (Mak Chili, Binjai, Mak Lagam, Geliga,, Jakar, Kubang Kurus, Pengkalan Sir dan Paya Berenjut). 2) Aduan kebakaran hutan berhampiran TPS Mak Chili telah diterima oleh jabatan ini daripada wakil MPK pada jam 9.30 pagi. Borang maklumat awal kebakaran telah dihantar kepada JAS ibu pejabat. Hasil siasatan ialah : i) Anggaran keluasan kebakaran ialah 4.5 hektar. Sebanyak 2.5 hektar telah dipadamkan dan 2 hektar masih berasap dan terbakar. ii) Pusat kawalan operasi BOMBA telah dibuka. iii) Kawasan kebakaran adalah tanah gambut. iv) Nota makluman berkenaan kebakaran ini telah dihantar kepada tuan kc dan pegawai penyelia untuk semakan. 3. Pemantauan Projek Check Dam Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Kawasan Bukit Takal dan Mak Chili turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati check dam beroperasi dengan baik dan bacaan aras air di Bukit Takal ialah 1.4m. Ini dapat membantu mengepung dan mengawal kebakaran yang berlaku daripada merebak lebih jauh. 4. Siasatan aduan JAS caw kemaman telah menerima aduan pelepasan air hitam ke dalam kawasan parit di Kg Pengkalan Sir. Hasil siasatan yang dijalankan, tiada kesan air hitam di kawasan yang di adu. Ini kerana parit tersebut penuh dengan air laut yang sedang pasang. Pemantauan dari semasa ke semasa akan dijalankan bagi memastikan aduan ini tidak berulang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan