Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PENGUATKUASAAN
- Lokasi
- aw. Mukim Chukai, Banggol, Telok kalong, Binjai Kemasik, Kijal dan Kerteh (Mak Chili, Mak Lagam, Geliga, Jakar, Bukit Kuang, Telok kalong, Kijal, Kemasik, Lot Q dan Kawasan Perindustrian Kertih)
Penerangan
1. Tujuan Rondaan*
Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan siasatan aduan, hotspot. rondaan Pembakaran terbuka, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian.
2. ADUAN
Terdapat satu (1) aduan di Kawasan Kemaman bertarikh 27/04/2025 ;
i) Siasatan yang diterima adalah berkenaan aduan bau seperti sulfur kemungkinan bau H2S di Kawasan Kertih. Hasil siasatan yang dijalankan mendapati terdapat bau seperti sulfur di Kawasan KTSB dan Arkema semasa siasatan dijalankan. Pemeriksaan susulan premis yang disyaki akan dijalankan lebih lanjut bagi mencari punca bau yang diadu.
3. Kawasan Pemantauan
Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kaw. Mukim Chukai, Banggol, Telok kalong, Binjai Kemasik, Kijal dan Kerteh (Mak Chili, Mak Lagam, Geliga, Jakar, Bukit Kuang, Telok kalong, Kijal, Kemasik, Lot Q dan Kawasan Perindustrian Kertih). Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini.
Pemantauan cerobong di Kawasan coke oven plant Eastern Steel susulan aduan debu besi berterbangan yang diterima pada 26/4/2025 menunjukkan tiada pelepasan habuk /debu besi di cerobong tersebut susulan daripada Penahanan operasi kelengkapan (POK) yang telah dibuat pada 26/4/2025.
4. Pemantauan Projek Check Dam
Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Kawasan Kg Chabang, Kertih No. TCD3 turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati check dam beroperasi dengan baik dan bacaan aras air ialah 0.8m.
5. Kempen Kesedaran
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi Lot Q, Kertih sebagai peringatan dan amaran kepada di kawasan yang berpotensi berlakunya Pembakaran terbuka.
6 . Senarai Premis yang Dipantau di kawasan Perindustrian Jakar dan Kertih ialah;
• Agenda Cendana
• Central ice
• Promat Esm
• Ropetech
• Petronas Carigali
• TCOT
• LDPE
• Ethylene/Polyethylene
• KTSB
• PCOGD
• CJ Bio
• Arkema
• Encompass
7. Pemantauan Tapak pelupusan Sampah
Hasil pemantauan di TPS Kerteh, Kg Labohan menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan.
Gambar / Video Penuh
Muat turun memerlukan log masuk. Sila log masuk untuk mengakses fail penuh.