Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS BAGI JAS TERENGGANU
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PENGUATKUASAAN
- Lokasi
- Stesen Pengawasan Kualiti Udara CA44T Kuala Terengganu,Terengganu.
Penerangan
1. Menjalankan siasatan ekoran kenaikan bacaan IPU di Stesen Pengawasan Kualiti Udara CA44T Kuala Terengganu,Terengganu. Siasatan mendapati terdapat beberapa kesan PT yang dilakukan oleh penduduk di sekitar kawasan stesen.
2. Semasa siasatan sedang dijalankan mendapati ada juga aktiviti PT ke atas daun-daun kering yang sedang berlaku di dalam kawasan sekolah SK Pusat Chabang Tiga yang mana disyaki dilakukan oleh tukang kebun sekolah. Jarak PT tersebut dengan Stesen Pengawasan Kualiti Udara lebih kurang 150 meter sahaja. Pengawal keselamatan yang bertugas telah diarahkan untuk memamadamkan PT tersebut dengan segera dan telah memberi amaran secara lisan serta mengedarkan risalah berkaitan larangan PT.
3. Semasa rondaan di sekitar sekolah mendapati ada PT ke atas daun-daun kering yang sedang berlaku di dalam kawasan Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bersebelahan dengan SK Pusat Chabang Tiga. Jarak PT tersebut dengan Stesen Pengawasan Kualiti Udara lebih kurang 200 meter sahaja. Pekerja pembersihan kawasan telah diarahkan untuk memadamkan PT tersebut dengan segera dan telah memberi amaran secara lisan serta mengedarkan risalah berkaitan larangan PT.
4. Banner juga telah di tampal di kawasan sekitar rumah penduduk yang terdapat kesan-kesan PT.
5. Bacaan terkini IPU di Stesen Pengawasan Kualiti Udara CA44T jam 4.00pm menunjukkan sedikit penurunan iaitu 126 berbanding pagi tadi 138.
6. Team ronda juga telah bertemu dangan wakil PSTW sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di stesen dan telah memaklumkan Instrument TEOM 1405 (PM 2.5 dan PM 10) baru sahaja di buat QC pada 6 April 2025. Wakil PSTW juga mengesahkan semua instrument tersebut berfungsi dalam keadaan normal setakat hari ini.
7. Pemerhatian kawasan sekitar juga telah dilakukan menggunakan drone dan mendapati tiada aktiviti PT yang dikesan di sekitar kawasan stesen.