Penerangan
Pada 3 Mei 2025 (Sabtu), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang telah menjalankan rondaan darat dan pemantauan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di beberapa kawasan sekitar daerah Sepang. Antara lokasi yang terlibat termasuk Salak Tinggi, Kota Warisan, Sunsuria Sepang, Cybersouth, Cyberjaya, Setia Eco Glades, Aman Putra, Putra Perdana, Bandar Bukit Puchong 2, serta beberapa kawasan perindustrian seperti Sunway Enterprise Park, Alam Perdana Industrial Park, Perdana Industrial Park, Kawasan Perindustrian Meranti Jaya, dan Kawasan Perusahaan Salak Tinggi.
Cuaca semasa rondaan adalah mendung dan berawan dengan hujan renyai-renyai pada sebelah pagi. Hasil pemerhatian mendapati kebanyakan premis perniagaan dan industri tidak beroperasi pada hari tersebut. Tiada pencemaran, pelepasan efluen mencurigakan, pembakaran terbuka, atau pelepasan asap hitam dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Pemantauan juga turut meliputi kawasan tapak bina di sekitar Puchong.
Secara keseluruhan, keadaan di semua lokasi yang dironda adalah baik dan terkawal.