PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA

nasir.ibrahim 08/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

30 April 2025, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti medical parts di Pontian berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi satu (1) unit penggahar. Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati binaan di lapangan tidak sama dengan lukisan seperti dibina yang telah dikemukakan di dalam dokumen perisytiharan bertulis dan lokasi alat pemantauan prestasi perlu dikaji semula. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah-langkah tindakan penambahbaikan iaitu menyemak semula punca - punca pencemar , mengkaji kesesuaian lokasi alat pemantauan prestasi dan mengemaskini lukisan seperti dibina.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan