PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN BERSEPADU PEMERIKSAAN KAPAL DI PERAIRAN PASIR GUDANG

nasir.ibrahim 08/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN BERSEPADU PEMERIKSAAN KAPAL DI PERAIRAN PASIR GUDANG
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Pasir Gudang

Penerangan

30 April 2025, Pasir Gudang - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang bersama-sama Unit Kontigensi JAS Johor telah menjalankan siasatan kapal secara bersepadu dengan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Tanjung Langsat Port. Turut sama wakil PDRM IPD Seri Alam dan Balai Polis Taman Pasir Putih. Pemeriksaan dijalankan bagi menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan bagi memastikan tiada pelepasan sisa minyak dari kapal yang diperiksa. Pengendali kapal diingatkan tidak melakukan pelepasan atau pembuangan minyak sama ada sengaja atau tidak sengaja. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia kerana menurut Seksyen 27 dan Seksyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) Pindaan 2024, di mana mereka yang disabitkan kesalahan menyebabkan pencemaran minyak boleh dikenakan denda minimum 150,000.00 (seratus lima puluh ribu ringgit) sehingga maksimum RM10,000,000.00 (sepuluh juta ringgit) atau penjara selama tempoh sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan