Penerangan
Laporan Ringkas Rondaan Harian JAS Cawangan Sepang – Zon Kuala Langat
Tarikh/Hari: 19 April 2025 (Sabtu)
Rondaan darat mencegah OMPT telah dijalankan melibatkan beberapa kawasan utama di Daerah Kuala Langat, termasuk Salak Tinggi, Kota Warisan, Jalan Labohan Dagang-Nilai, Bukit Changgang, Rancangan Tanah Belia (RTB) Kg Tengah, Olak Lempit, Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKL), Dengkil dan Sungai Melut.
Rondaan turut melibatkan pemantauan di beberapa lokasi pembinaan sekitar Olak Lempit, kawasan perindustrian, dan kawasan hutan simpan. Hasil pemantauan mendapati semua lokasi berada dalam keadaan baik. Air di empangan juga dicatatkan pada paras tinggi dan tiada aktiviti mencurigakan dikesan.
Pemeriksaan di kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara tidak menemui sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Bacaan risiko kebakaran tanah gambut melalui piezometer yang dipasang oleh Jabatan Perhutanan menunjukkan paras sederhana. Cuaca semasa rondaan adalah panas dan berawan tebal. Tiada sebarang kejadian luar jangka atau pelanggaran alam sekitar direkodkan sepanjang rondaan.