Penerangan
Tarikh/Hari: 19 April 2025 (Sabtu)
SUBANG JAYA - Rondaan telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor di beberapa kawasan tumpuan sekitar Subang Jaya, meliputi kawasan industri dan komersial seperti Subang Light Industrial Park, Kawasan Perindustrian Subang Jaya, Lebuhraya KESAS, serta beberapa jalan utama termasuk Jalan Subang 3, Jalan Subang Mewah USJ, Jalan Subang Perdana, Jalan Kewajipan USJ 8, dan Jalan Subang 2.
Hasil rondaan mendapati kebanyakan premis beroperasi separuh hari. Pemeriksaan terhadap saluran perparitan awam dan longkang sekitar kawasan perindustrian menunjukkan tiada tanda pencemaran; paras air sungai dan longkang juga berada pada tahap biasa. Selain itu, pemantauan di longkang premis tidak menemui sebarang pelepasan air berwarna atau unsur pencemaran yang mencurigakan.
Cerobong premis turut dipantau secara visual dan didapati berada dalam keadaan terkawal, tanpa pelepasan asap hitam. Tiada bau yang mengganggu atau aktiviti pembakaran terbuka ditemui sepanjang rondaan. Secara keseluruhan, keadaan di kawasan rondaan berada dalam keadaan baik dan terkawal.