PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN SEPANG PADA 20 APRIL 2025.

normuhamad 08/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN SEPANG PADA 20 APRIL 2025.
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SEPANG

Penerangan

Laporan rondaan harian oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang pada 20 April 2025 (Ahad), dijalankan dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang, melibatkan pemantauan di beberapa lokasi sekitar daerah Sepang termasuk Salak Tinggi, Kota Warisan, Bandar Serenia, Cybersouth, Cyberjaya, Pulau Meranti serta kawasan-kawasan perindustrian seperti Cipta Selatan, Alam Perdana Industrial Park dan Tasik Perdana. Rondaan darat OMPT memberi tumpuan kepada lokasi yang sering menerima aduan awam, khususnya di kawasan Cybersouth dan Pulau Meranti. Hasil rondaan mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pembakaran terbuka berlaku. Namun begitu, satu lokasi pembuangan sampah haram yang disyaki aktif telah dikenal pasti berhampiran kawasan industri di Pulau Meranti, berdekatan Lebuhraya MEX. Aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), dan laluan ke lokasi tersebut telah ditutup oleh pegawai JAS menggunakan penghadang konkrit (concrete culvert). Selain itu, rondaan di kawasan perindustrian turut dijalankan bagi mengesan sebarang unsur pencemaran. Kesemua kawasan berada dalam keadaan baik dan tiada operasi dijalankan kerana cuti umum. Cuaca semasa rondaan dilaporkan mendung dan hujan di beberapa lokasi, namun keseluruhan rondaan berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan