Penerangan
Pada 26 April 2025 (Sabtu), JAS Selangor, Cawangan Sepang telah menjalankan rondaan darat OMPT di beberapa lokasi sekitar Daerah Sepang termasuk Salak Tinggi, Jalan Labohan Dagang Nilai, Jalan Perusahaan Salak Tinggi, Pekan Salak Tinggi, Kawasan Perindustrian Sepang dan kawasan sekitarnya, di mana hasil pemantauan mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pembakaran terbuka, kawasan perindustrian berada dalam keadaan baik, dan cuaca sepanjang rondaan adalah cerah serta mendung di beberapa lokasi.