Penerangan
22 APRIL 2025, WP KUALA LUMPUR- Sempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2025, Sapura Energy Berhad (SEB) telah menganjurkan program pengumpulan e-waste yang telah disertai oleh kakitangan syarikat tersebut.
Program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif pihak SEB dalam memastikan pengurusan e-waste oleh kakitangan syarikat diurus dengan selamat dan mesra alam. Sebanyak 300 kg e-waste telah berjaya dikumpulkan melalui program ini.
SEB turut menganjurkan sesi taklimat mengenai pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada kakitangan syarikat secara fizikal dan atas talian. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Shafariza binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JASWPKL.
Turut hadir menyertai program ini adalah Encik Muhammad Nasri Mehat, Senior Vice President Group QHSE & CEO Operations & Management,
Encik Nhakhorn Somchit, Vice President Group QHSE dan Puan Arduni Mastura binti Abu Bakar, Head Environmental Performance Group QHSE.
Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pihak SEB di atas komitmen dan inisiatif yang telah dijalankan ini.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#Jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama
#SambutanHariBumi2025