PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR- KNOWLEDGE TRANSFER “BRIGHT MINDS, GREEN FUTURE” SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2025

Arwan 07/05/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR- KNOWLEDGE TRANSFER “BRIGHT MINDS, GREEN FUTURE” SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2025
Tahun
2025
Organisasi
Asia Pacific University (APU) melalui School of Mathematics, Actuarial & Quantitative Studies (SOMAQS) & JASWPKL
Lokasi
Asia Pacific University (APU)

Penerangan

26 APRIL 2025, WP KUALA LUMPUR - Asia Pacific University (APU) melalui School of Mathematics, Actuarial & Quantitative Studies (SOMAQS) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menganjurkan Program Knowledge Transfer “Bright Mind, Green Future” bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2025. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Zuraini Binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL dan turut dihadiri oleh Professor Dr. Ho Chin Kuan, Naib Canselor APU dan Professor Madya Dr. Rajasegaran, Ketua Jabatan SOMAQS. Program ini turut meraikan sambutan Hari Raya bersama anak-anak daripada Rumah Bakti Al-Kausar. Pelbagai acara serta aktiviti telah dijalankan antaranya seperti memperkenalkan Barisan Perwakilan Rakan Alam Sekitar (RAS) di Peringkat APU, Pelancaran Program Pengumpulan E-waste, Ceramah Alam Sekitar, Pameran Alam Sekitar dan Kuiz Interaktif. Selain itu, JASWPKL turut juga menyediakan kemudahan pendaftaran ahli baru RAS secara atas talian. Setinggi penghargaan kepada APU di atas komitmen penganjuran program ini. Diharapkan program seperti ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan yang berguna terutamanya kepada golongan belia mengenai kepentingan pengurusan alam sekitar. "OUR POWER, OUR PLANET" #NRES #JabatanAlamSekitar #JASWPKL #HariBumi2025 #alamsekitartanggungjawabbersama