Penerangan
30 April 2025, Segamat: Sebuah kilang pembuatan batu bata yang terletak di Mukim Labis telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar kerana gagal menyelenggara dan mengendalikan sistem kawalan pencemaran udara mengikut amalan kejuruteraan yang menyeluruh serta gagal memastikan semua komponen sistem kawalan pencemaran udara berfungsi dengan baik.
Premis telah diarahkan untuk mengambil langkah pembaikan terhadap sistem kawalan pencemaran udara dalam tempoh POK tersebut.
Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Jika disabitkan kesalahan, premis boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.