Penerangan
14-18 APRIL 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 2/2025 bagi premis yang dilesenkan (buangan terjadual) di bawah seliaan Unit PYDT BT (Penguatkuasaan) di daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian.
Ops Lembangan ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 terutamanya premis yang melepaskan efluen terolah ke sungai. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 juga disemak.