Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN VERIFIKASI TAPAK FASILITI OLEH LPATA BAGI PELUPUSAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH, JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SABAH
- Lokasi
- Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah MW(7)-H411712-1-16.2, Yong's Farm di atas tanah CL 105165302, Jalan Taman Bukit Tawau, Sabah
Penerangan
Tujuan sesi lawatan ini diadakan adalah untuk menjalankan pemeriksaan verifikasi ke tapak stesen pengawasan air bawah tanah yang hendak dilupuskan bagi tujuan penyediaan laporan serta perakuan pelupusan seperti yang dikehendaki di bawah TPATA.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi LPATA mengenai latar belakang, tujuan dan sebab pelupusan aset fasiliti ini dicadangkan untuk pelupusan di Pejabat JAS Cawangan Tawau.
Seterusnya, semua ahli LPATA telah dibawa ke lokasi tapak bagi melihat keadaan fizikal dan status aset fasiliti berkenaan. Gambar-gambar aset dan keadaan sekeliling di kawasan lokasi tapak telah diambil untuk dimasukkan dalam Laporan.
Selesai lawatan, semua ahli LPATA dimohon untuk memberikan ulasan mengikut kepakaran di bawah bidang Jabatan masing-masing untuk dimasukkan dalam Laporan dan seterusnya membuat rumusan serta mengesyorkan kaedah pelupusan yang bersesuaian selewat-lewatnya pada 9 Mei 2025 (Jumaat).
Sesi lawatan diakhiri dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Pengerusi atas kehadiran dan kerjasama semua ahli LPATA ke program lawatan verifikasi ini.