Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Oleh najmi · 29/04/2025 · 10 paparan

22 April 2025, Kulim - Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim dan Persatuan Mata Hati Malaysia (PMHM) telah menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Bumi Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Muadzam Shah PTSB Kulim. Sambutan ini dihadiri oleh 500 orang dari agensi kerajaan dan swasta serta para pensyarah dan pelajar PTSB. Tema rasmi Hari Bumi pada tahun 2025 ialah “Our Power, Our Planet”. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Nazri bin Ramli, Timbalan Pengarah JAS Kedah mewakili Pengarah JAS Kedah dan diserikan dengan kehadiran Pengarah PTSB Kulim, Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah dan YBhg Datuk Ab Rahim bin Mohd Nor, Pengerusi PMHM serta ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun Daerah Kulim, Kedah. Antara pengisian majlis perasmian tersebut adalah penyampaian hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2025 seperti pertandingan fotografi alam sekitar, pertandingan video kreatif 'Kelestarian Air', pertandingan video bertemakan Our Power, Our Planet, pertandingan rekacipta dari barangan kitar semula dan e- kuiz bumi lestari. Aktiviti pengumpulan ewaste juga telah dijalankan. Sebanyak 500 kg ewaste telah berjaya dikumpulkan. Acara kemuncak program adalah aktiviti penanaman anak pokok dan majlis menandatangani nota kerjasama antara pihak JAS dan PTSB terutama dalam aktiviti kelestarian alam sekitar. Ceramah berkaitan Kesedaran Alam Sekitar turut disampaikan oleh Tuan T.s Haji Mohd Faizal bin Abdul Jalil, Ketua Cawangan JAS Kulim kepada semua pelajar PTSB. Turut diadakan adalah pameran alam sekitar oleh pihak JAS, E-Idaman dan Persatuan Mata Hati Malaysia serta reruai inovasi seni kitar semula oleh pihak PTSB. Matlamat utama Sambutan Hari Bumi Tahun 2025 adalah menyeru usaha kolektif global dalam bersama melindungi planet bumi ini dan beralih kepada masa depan yang mampan dengan tumpuan khusus pada tenaga yang diperbaharui. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASKedah #AlamSekitarTanggungjawabBersama #HariBumi2025 #OurPowerOurPlanet

Penganjur
JAS KEDAH
Fail / Media (5)
  • 20252904144204866.jpg .jpg Buka
  • 20252904144210921.jpg .jpg Buka
  • 20252904144217862.jpg .jpg Buka
  • 20252904144222824.jpg .jpg Buka
  • 20252904144357208.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS