Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH 25 April 2025 - Sungai Petani, KedahPasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sungai Petani telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di Daerah Kuala Muda melibatkan Kawasan Perusahaan Bakar Arang, Kawasan Perindustrian Taman Ria dan Kawasan Perindustrian PKNK selain tapak-tapak pembinaan di kawasan Daerah Kuala Muda terutama sekitar Taman Ria Jaya dan Taman Seruling. Keberadaan pegawai JAS di lapangan terutama pada cuti mingguan dapat menghindari kegiatan haram pelupusan buangan terjadual, aktiviti pembakaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta bagi mengesan sebarang aktiviti pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan JAS. Jabatan Alam Sekitar menyeru kepada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 atau secara atas talian melalui http://eaduan.doe.gov.my#NRES#jabatanalamsekitar#jaskedah #jassungaipetani#alamsekitartanggungjawabbersama