Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA HARI CUTI MINGGUAN.
26 April 2025 - Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Yan, Kedah.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya Kawasan Perindustrian sekitar Kota Setar, Kawasan Perindustrian Ringan Napoh, Changlun, Kawasan Perindustrian Darulaman, Jitra dan Yan semasa cuti mingguan.
Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian aduan JAS Kedah 012-4172832 dan talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama