PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN MASJID NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KALI KE-4 BIL. 1/2025

maizah 29/04/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN MASJID NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KALI KE-4 BIL. 1/2025
Tahun
2025
Organisasi
MAIPk
Lokasi
MPM

Penerangan

IPOH, 26 APRIL 2025 – Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBhg. Dato’ Ts. Dr Hj Mohammad Ezanni bin Mat Salleh selaku ahli Majlis, Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) telah menghadiri ke Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak (MPM) kali keempat yang telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan usul-usul serta kaedah-kaedah baharu yang dicadangkan oleh Ahli MPM dalam usaha memperkasa pengimarahan masjid-masjid di seluruh negeri Perak. YBhg. Dato’ Pengarah telah membentangkan berkenaan Program Masjid Lestari - Masjid Sebagai Hab Alam Sekitar Peringkat Negeri Perak yang sedang dijalankan di masjid-masjid di Negeri Perak. Persidangan telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini. Turut hadir ialah Orang Besar Jajahan Kinta, YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, serta Pengarah JAIPk, Dato' Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_april2025 #Harialamsekitarsedunia #HariBumi2025 #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan