PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Program Pencegahan Pembakaran Terbuka Sempena Hari Bumi 2025 - Ekspedisi Gua Tempurung (Our Power, Our Planet)

JAS PERAK 29/04/2025 10 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Pencegahan Pembakaran Terbuka Sempena Hari Bumi 2025 - Ekspedisi Gua Tempurung (Our Power, Our Planet)
Tahun
2025
Organisasi
JAS PERAK

Penerangan

22 April 2025, Gopeng - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah menganjurkan Program Pencegahan Pembakaran Terbuka Sempena Hari Bumi 2025 - Ekspedisi Gua Tempurung (Our Power, Our Planet). Ekspedisi Gua Tempurung telah disertai oleh pelajar-pelajar, staf dan pensyarah Poli PSAS. Taklimat kesedaran berkaitan Pembakaran Terbuka telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak Tuan Mohd Jamali Bin Abd Majid tentang kesan-kesan daripada aktiviti pembakaran terbuka dan langkah-langkah pencegahan daripada melakukan pembakaran terbuka. Selain itu, peserta ekspedisi taklimat turut didedahkan berkenaan sambutan Hari Bumi 2025 yang menyeru usaha kolektif global secara berterusan dalam melindungi alam sekitar dan sumber asli demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_april2025 #Haribumi2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari