PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM KOMUNITI PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT SERTA LARANGAN PEMBAKARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

nursyadah 29/04/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KOMUNITI PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT SERTA LARANGAN PEMBAKARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
DOE NEGERI SEMBILAN
Lokasi
KAMPUNG DATO' MANSOR

Penerangan

26 April 2025, Seremban -Bertempat di Balairaya Kampung Dato’ Mansor Rasah, telah berlangsung program tersebut anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Dato’ Mansor. Program sambutan ini telah disambut meriah dan jayanya dengan penglibatan komuniti, agensi kerajaan, swasta dan pihak NGO dengan bertemakan Hentikan Pembakaran Terbuka serta “Our Power, Our Planet”.. Program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan dan telah diiringi oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Tuan Hamzah Bin Mohamad. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik antaranya Pengumpulan dan Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (e-waste) dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta pameran daripada pelbagai agensi. Aktiviti pameran disertai oleh JAS Ngeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, dan Pelajar pelajar Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) . Aktiviti mewarna menggunakan jari ‘finger painting’ Bertemakan Hentikan Pembakaran Terbuka juga disediakan kepada para pengunjung bagi memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai pentingnya menjaga alam sekitar dan bersama-sama menghargai bumi dengan membudayakan semangat pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar. Diharapkan program seperti ini dapat menberi pendedahan kepada komuniti tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan mengajak semua yang hadir terus menyokong program-program bertemakan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama #haribumiperingkatns2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan