25 APRIL 2025, Lebuh AMJ Semabok MELAKA- Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak Kebangsaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPD Trafik Melaka Tengah bertempat di Lebuh AMJ Semabok Melaka.
Operasi ini dijalankan dengan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan gas ekzos dan bunyi bising dari kenderaan berenjin petrol.
Sebanyak tiga puluh empat (34) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Sebanyak empat (4) kompaun dan notis arahan dibawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka