Penerangan
Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan orang awam dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Tema Hari Bumi pada tahun ini iaitu “Our Power, Our Planet” memberi fokus kepada pemerkasaan dalam tenaga boleh diperbaharui dan penjanaan tenaga elektrik bersih sebagai usaha untuk menangani perubahan iklim, melindungi biodiversiti dan memelihara ekosistem.
Sejajar dengan tema Hari Bumi tersebut, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor ingin menyeru anda semua untuk bersama-sama menyokong inisiatif Hari Bumi dengan menutup lampu selama 1 jam pada 22 April 2025 (Selasa) bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam hari ini.
Selangor, Jom Tutup Lampu!