PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN BERSEPADU JAS BERSAMA JABATAN LAUT (JLM) DI TAPAK PELUPUSAN SISA PENGERUKAN

rosmina 25/04/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN BERSEPADU JAS BERSAMA JABATAN LAUT (JLM) DI TAPAK PELUPUSAN SISA PENGERUKAN
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN PENILAIAN
Lokasi
PULAU PINANG

Penerangan

TELUK BAHANG, 15 April 2025 - Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat dan JAS Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara telah menjalankan pemantauan bersepadu di kawasan tapak pelupusan sisa bagi aktiviti pengerukan. Tujuan pemeriksaan ini dijalankan adalah untuk memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dan membuat persampelan bagi memantau status kualiti air laut di tapak tersebut. JAS merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara di atas kerjasama yang sangat baik. Semoga kerjasama seperti ini dapat terus dilaksanakan antara JAS dan JLM dengan jayanya. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASIbupejabat #MalaysiaMADANI #AlamSekitarTanggungjawabBersama #15April2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan