PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI KHAS SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2025 JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN NEGERI PULAU PINANG

kaswadi 25/04/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI KHAS SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2025 JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN NEGERI PULAU PINANG
Tahun
2025
Organisasi
UNIT UKB JASPP
Lokasi
PLAZA TOL JURU,PLAZA TOL SUNGAI DUA & PLAZA TOL JAMBATAN

Penerangan

25-29 Mac 2025, PULAU PINANG – Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JAS PP) telah menjalankan Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) bersama JPJ Pulau Pinang, JSPT, EMPV, JIM, AADK, PLUS, APAD dan KPDN bertempat di Plaza Tol Sungai Dua, Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Lapan (?? orang pegawai penguatkuasa JAS Pulau Pinang terlibat dengan Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang meliputi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor ) 1987. Sebanyak 110 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 24 buah kenderaan diesel telah diuji. Daripada jumlah yang diuji, tiga (3) kertas siasatan kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996, enam (6) Notis Arahan Uji Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Manakala daripada 65 motosikal yang telah diperiksa sebanyak 12 motosikal telah diuji. Hasilnya, sembilan (9) kertas siasatan kompaun dan sembilan (9) Notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1874 telah dikeluarkan. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan