Oleh kaswadi · 25/04/2025 · 12 paparan
22 April 2025, Nibong Tebal : Seramai 631 pelajar dan guru - guru dari MRSM Transkrian terlibat dalam menjayakan Program Sambutan Hari Bumi 2025 bersama JAS Pulau Pinang pada hari ini. Program ini dirasmikan oleh YBrs Ts Azman Shah bin Ismail, Timbalan Pengarah JAS Pulau Pinang. Kehadiran pegawai dari JAS Pulau Pinang disambut baik oleh Encik Kamarudin bin Sagiman, Pengetua MRSM Transkrian dan warga sekolah. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ceramah alam sekitar, kuiz alam sekitar, pameran alam sekitar, pengujian asap kenderaan, kutipan ewaste dikalangan warga sekolah dan penanaman pokok pinang sebagai simbolik sambutan Hari Bumi di negeri ini. Sebanyak 300 kg ewaste berjaya dikumpul dalam program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan sambutan Hari Bumi kepada generasi muda yang bukanlah hanya satu hari sambutan yang tercatat di dalam kalendar tetapi satu hari untuk kita bersama - sama bermuhasabah melihat kembali hubungan kita dengan alam ini. Segala kejayaan dalam pemeliharaan alam sekitar tidak akan dapat dicapai tanpa adanya kesedaran dan nilai kebertanggungjawaban yang dipikul bersama.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup