PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

MAJLIS PELANCARAN STESEN KITAR SEMULA E-WASTE KAWASAN PARLIMEN BATU KAWAN, PULAU PINANG

kaswadi 25/04/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELANCARAN STESEN KITAR SEMULA E-WASTE KAWASAN PARLIMEN BATU KAWAN, PULAU PINANG
Tahun
2025
Organisasi
PEJABAT YB PARLIMEN BATU KAWAN
Lokasi
DESIGN VILLAGE BATU KAWAN

Penerangan

19 APRIL 2025, BATU KAWAN - Majlis Perasmian Stesen Kitar Semula E-Waste bagi Kawasan Parlimen Batu Kawan telah diadakan pada 19 April 2025 bertempat di Design Village Outlet Mall, Pulau Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang. Pelancaran stesen kitar semula e-waste ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran terhadap orang awam berkenaan cara mengendalikan e-waste dari isi rumah dengan kaedah yang betul, khususnya bagi kawasan Parlimen Batu Kawan. Program pelancaran yang telah diadakan ini adalah melibatkan kerjasama diantara pihak pengurusan Decent Industry Sdn Bhd, Pusat Khidmat YAB Tuan Chow Kon Yeow, Pertubuhan Amal Yu Hui Pulau Pinang, JAS Pulau Pinang dan Design Village Oulet Mall. JAS Pulau Pinang sentiasa optimis dengan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar khususnya di negeri ini akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan