PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

BENGKEL e-SWIS & MyPREMIS DAN MAJLIS PENYERAHAN LESEN BUANGAN TERJADUAL SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT W.P. LABUAN 2025 -16 APRIL 2025, W.P. LABUAN

mansah 28/04/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL e-SWIS & MyPREMIS DAN MAJLIS PENYERAHAN LESEN BUANGAN TERJADUAL SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT W.P. LABUAN 2025 -16 APRIL 2025, W.P. LABUAN
Tahun
2025
Organisasi
KELAB KASLAW KERJASAMA JAS LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

BENGKEL e-SWIS & MyPREMIS DAN MAJLIS PENYERAHAN LESEN BUANGAN TERJADUAL SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT W.P. LABUAN 2025 16 APRIL 2025, W.P. LABUAN – Bengkel berimpak tinggi bertajuk “Bengkel e-SWIS dan MyPREMIS: Ke Arah Pengurusan Alam Sekitar Lebih Cekap” sempena Hari Bumi 2025 telah dianjurkan dengan jayanya oleh Kelab Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan (KASLAW) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan. Bengkel ini berlangsung di Palm Beach Resort & Spa, W.P. Labuan pada 16 April 2025. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC, Pengarah Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan. Seramai 75 peserta dari pelbagai latar belakang – termasuk pemain industri dari W.P. Labuan, Sabah & Sarawak – telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini memberi fokus kepada pemantapan kefahaman serta peningkatan kemahiran para peserta terhadap penggunaan sistem e-SWIS dan MyPREMIS melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on. Inisiatif ini dilihat mampu memacu pematuhan yang lebih efektif terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan bengkel ini menjadi pemangkin kepada pengurusan alam sekitar yang lebih efisien dan lestari pada masa hadapan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_April_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan