PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PROGRAM HI-PICKING (KUDAH) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL) SEMPENA HARI BUMI 2025 DI KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA W.P. LABUAN.

mansah 26/04/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM HI-PICKING (KUDAH) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL) SEMPENA HARI BUMI 2025 DI KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA W.P. LABUAN.
Tahun
2025
Organisasi
JAS LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

PROGRAM HI-PICKING (KUDAH) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL) SEMPENA HARI BUMI 2025 DI KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA W.P. LABUAN. 19 April 2025, WP Labuan - Sempena Hari Bumi 2025 dengan bertemakan “Our Power, Our Planet", Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah bekolaborasi bersama Petronas Chemicals Methanol Sdn. Bhd dengan mengadakan program Hi-Picking (KUDAH) bersama Rakan Alam Sekitar WPL bagi tahun 2025. Objektif Program Hi-Picking (KUDAH) #BebasPlastik merupakan satu inisiatif kesedaran alam sekitar yang menekankan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan pantai melalui aktiviti gotong-royong mengutip sampah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mejar Bersekutu (PA) Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC, Pengarah JASWPL. Tujuan program ini adalah untuk mendidik masyarakat mengenai kesan buruk pencemaran mikro plastik terhadap ekosistem marin, selain menggalakkan amalan gaya hidup lestari seperti pengurangan penggunaan plastik sekali guna. Seramai 170 orang yang terdiri daripada Rakan Alam Sekitar (RAS) telah menyertai program ini. Berat sampah keseluruhan yang telah dikutip adalah 199 kg. Program ini turut dibantu oleh Agensi Pertahanan Awam, WPL untuk persediaan bantuan kecemasan. JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_April_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan