Penerangan
22 APRIL 2025, WP KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah turut serta menjayakan Program Kesedaran Alam Sekitar “Earth Day Mini Fair” bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2025 bertempat di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM).
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Ecolawgy ini telah dihadiri oleh 200 orang pelajar, pensyarah dan juga kakitangan UM. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pameran serta kuiz uji minda melalui permainan interaktif dan silang kata.
Selain itu, JASWPKL turut juga menyediakan kemudahan pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Persatuan Ecolawgy dan Fakulti Perundangan, UM di atas kejayaan dan komitmen dalam penganjuran program ini. Diharapkan program seperti ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan yang berguna terutamanya kepada golongan belia mengenai kepentingan pengurusan alam sekitar.
????"OUR POWER, OUR PLANET" ????
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKL
#HariBumi2025
#alamsekitartanggungjawabbersama