Penerangan
15 APRIL 2025, WP KUALA LUMPUR -
Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 anjuran UEM Edgenta Sdn. Bhd.. Seramai 450 orang kakitangan UEM Edgenta Sdn. Bhd. telah hadir dan menyertai sesi taklimat ini.
Sesi taklimat ini diadakan untuk memberi penerangan berhubung peranan JASWPKL dalam mentadbir dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 serta tindakan yang diambil bagi menangani isu-isu yang dihadapi dalam memastikan pematuhan ke atas perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
JASWPKL mengucapkan setinggi penghargaan di atas inisiatif pihak UEM Edgenta Sdn. Bhd. dalam usaha memastikan pematuhan terhadap perundangan dan pemuliharaan alam sekitar.