Penerangan
Seksyen Kawalselia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara telah mengadakan sesi pembelajaran kepada pelajar praktikal dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Automatik, CR08B (Sungai Langat), dan Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik, CA17W (Putrajaya). Sesi pembelajaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengoperasian kedua-dua stesen pengawasan yang merupakan sebahagian daripada Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP).