PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL MELALUI ELECTRONIC SCHEDULED WASTE INFORMATION (eSWIS) Versi 2.0

nursyadah 25/04/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL MELALUI ELECTRONIC SCHEDULED WASTE INFORMATION (eSWIS) Versi 2.0
Tahun
2025
Organisasi
DOE NEGERI SEMBILAN
Lokasi
Klana Resort, Seremban
Diskripsi
18 April 2025, Seremban - Bengkel Pengurusan Buangan Terjadual Melalui Electronic Scheduled Waste Information (ESWIS) Versi 2.0 telah diadakan di Klana Resort, Seremban pada 17 April 2025 anjuran Kelab Rekreasi Jabatan Alam Sekitar (KERAS) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Seramai 320 orang peserta yang terdiri daripada pihak industri, perunding dan Orang Yang Beribawa ( OYB) telah menyertai seminar ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pihak premis yang terlibat dalam pengurusan buangan terjadual melalui cara-cara merekod data pergerakan buangan terjadual dan cara menguruskan buangan terjadual mengikut garis panduan serta memberi pengetahuan berterusan berkaitan pengurusan buangan terjadual. JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini dan diharapkan dapat memberi input yang berguna terutamanya kepada pihak industri, perunding dan Orang Yang Beribawa ( OYB) dalam memastikan pematuhan berterusan terhadap akta dan peraturan semasa. #NRES #JabatanAlamSekitar #jasn9 #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan