PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU

maisarah 25/04/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU
Lokasi
Mukim Batu Enam, Batu Rakit, Belara, Lembah Bidong, Kuala Nerus, Bukit Tunggal, Tepoh dan Merang

Penerangan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU * Tarikh Rondaan: 18 April 2025 (Jumaat) * Masa Rondaan: 9.00 pagi – 4.00 petang * Pegawai Bertugas: PPKK MNL & PPKK MFI Catatan 1. Tujuan Rondaan Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian. 2. Kawasan Pemantauan Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Mukim Batu Enam, , Batu Rakit, Belara, Lembah Bidong, Kuala Nerus, Bukit Tunggal, Tepoh dan Merang. Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini. 3. Pemantauan Projek Check Dam Projek sistem Saliran dan Pembinaan Check Dam di Ladang Rakyat, Lembah Bidong turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati projek saliran ini berfungsi dengan baik tanpa sebarang impak negatif berikutan perubahan keadaan cuaca semasa. 4. Kempen Kesedaran Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di beberapa lokasi sebagai peringatan dan amaran kepada orang awam. Pamplet larangan pembakaran terbuka turut diedarkan kepada penduduk sekitar semasa rondaan dijalankan. 5. Pemantauan Sungai Pemerhatian dilakukan di beberapa anak sungai sekitar daerah Kuala Nerus. Hasil pemantauan mendapati tiada aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran sungai. 6. Senarai Premis yang Dipantau * Babena Mix Industries Sdn. Bhd. * Afibrake Sdn. Bhd. * Avialite Sdn. Bhd. * RD Papers Sdn. Bhd. * Tan Eng Ann (Honda Service) Sdn. Bhd. * Jernih AisSdn. Bhd. * Insidesa Concrete Sdn. Bhd. * E.D. Woods Marketing Sdn. Bhd * Mun Chuen Transports Sdn. Bhd. Sekian, terima kasih.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan