- Tajuk
- RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS
JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
- Lokasi
- Kaw. Mukim Chukai, Binjai, Hulu Jabor, Pasir Semut dan Banggol (Mak Chili, Binjai, Mak Lagam, Geliga, Jabor, sg pinang, pasir semut, dan Kuala Kemaman)
Penerangan
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS
JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
* Tarikh Rondaan: 19 April 2025 (Sabtu)
* Masa Rondaan: 9.00 pagi – 3.30 petang
* Pegawai Bertugas: PPKK SO, PJ CKY& PMD AMY
Catatan
1. Tujuan Rondaan
Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian.
2. Kawasan Pemantauan
Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kaw. Mukim Chukai, Binjai, Hulu Jabor, Pasir Semut dan Banggol (Mak Chili, Binjai, Mak Lagam, Geliga, Jabor, sg pinang, pasir semut, dan Kuala Kemaman). Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini.
3. Pemantauan Projek Check Dam
Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Kawasan sg kg Mak Lagam No. TCD45 turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati check dam beroperasi dengan baik dan bacaan aras air ialah 0.7m.
4. Kempen Kesedaran
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi Geliga sebagai peringatan dan amaran kepada di kawasan yang berpotensi berlakunya Pembakaran terbuka.
5. Pemantauan Pantai dan sungai
Pemerhatian dilakukan di Pantai Teluk Mak Nik mendapati tiada tarball dikesan dan tiada aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran air.
Pemantauan di kg Kuala kemaman dan sg neram juga tiada pencemaran dikesan di sungai tersebut.
6 . Senarai Premis yang Dipantau di kawasan Perindustrian Jakar
* Ranaco Marine
* Jakar machinery
* Hl Trading
* JH auto Part trading
* Zas lgistics
* Lf maju machinery
* Jlm engineering
* AF Cahaya
* Sin tek eng
* Kam yik weng
* Rainbow path
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
PPKK SO
19 April 2025