PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD SEGAMAT DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN SEGAMAT

nasir.ibrahim 21/04/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD SEGAMAT DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN SEGAMAT
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
SEGAMAT

Penerangan

16 April 2025, Segamat – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Segamat dan Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Segamat (JPJ) telah menjalankan satu operasi bersepadu ops. Perdagangan dan Bunyi Ekzos Bising serta Asap Kenderaan Diesel di KM 186 Jalan Johor Bahru - Seremban (dataran segamat). Seramai Tujuh (7) orang pegawai penguatkuasa JASNJ terlibat dengan Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor ) 1987. Pihak Trafik IPD Segamat telah membuat penahanan awal dan sitaan terhadap mana-mana motorsikal yang disyaki telah melakukan kesalahan pengubahsuaian. Sebanyak sepuluh (10) buah motorsikal menjadi fokus untuk menjalankan ujian tahap bunyi bising menggunakan peralatan khas. Hasilnya, enam (6) Kertas Siasatan Kompaun di bawah Peraturan 4, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor ) 1987 dan tujuh (7) Notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebanyak 187 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 21 buah kenderaan diesel telah diuji. Daripada jumlah yang diuji, sebelas (11) Kertas Siasatan Kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996 dan sebelas (11) Notis Arahan Uji Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Program seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap kepatuhan kepada undang-undang jalan raya, malah juga memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan dalam menangani isu pencemaran udara dari punca bergerak. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor ) 1987.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan