Penerangan
12 APRIL 2025, WP KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama pihak urusetia Program 1 Community 1 Recycle (1C1R), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tierra Resources telah bersama-sama menjayakan Program Pengumpulan e-waste, barangan kitar semula dan minyak masak terpakai di PPR Pudu Ulu dan PA Wangsa Maju.
Melalui program ini, sejumlah 85kg e-waste telah berjaya dikumpul dan insentif wang tunai telah diberikan kepada orang awam yang menghantar e-waste masing-masing. Program ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti dan orang awam peka terhadap kaedah pengurusan e-waste secara lestari dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kitar semula.
??"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA" ??