Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR KLANG UTARA, SELANGOR
13 April 2025, Klang Utara -Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Selangor . Semasa cuti mingguan, JAS Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan sekitar Klang Utara.
Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS.