Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI.
31 Mac 2025 - Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu Dan Pendang, Kedah.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya kawasan perindustrian sekitar Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang semasa cuti perayaan.
Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama