PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM LIBAT URUS SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NATSIS)

chai 16/04/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LIBAT URUS SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NATSIS)
Organisasi
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Lokasi
Hotel Pavilion, Sandakan

Penerangan

?? PROGRAM LIBAT URUS SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NATSIS) ?? ?? Tarikh: 7 - 10 April 2025 ?? Masa: 8.30 Pagi - 5.00 petang ?? Tempat: Hotel Pavilion, Sandakan ?? Anjuran: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ?? Kehadiran JAS Sabah: PPKK KR ?? Rumusan Libaturus: 1?? Tujuan libaturus adalah untuk memberikan penerangan dan mendapatkan input dari agensi-agensi berkepentingan untuk tujuan penambahbaikan sistem secara berterusan. 2?? Dihadiri oleh 17 wakil agensi berkepentingan negeri dan persekutuan di Sabah. 3?? Terdapat 2 sistem yang boleh digunakan di dalam menangani bencana tanah runtuh iaitu: ?? NaTSIS (Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara) - natsis.jmg.gov.my ?? Sebagai pusat rujukan negara bagi mengumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat geospatial tanah runtuh, terain dan cerun. ?? Setiap agensi perlu memohon untuk mendapatkan nama pengguna dan kata laluan dari pihak JMG. ?? MyGEMS (Malaysia Geospatial Mineral and Geoscience Information System) - mygems.jmg.gov.my ?? Merupakan bank data nasional berbentuk Spatial bagi pengurusan semua maklumat geosains dan sumber mineral negara. ?? Terdapat 9 kluster data iaitu sumber mineral, air bawah tanah, bencana geologi, geologi asas, geologi warisan, lombong dan kuari, geologi marin, geofizik dan makmal geosains. 4?? Peserta sesi libat urus juga berpeluang untuk lawatan tapak ke 2 lokasi tanah runtuh di Sandakan iaitu: ?? Taman Pecky Valley, Sandakan * Runtuh pada 30 Januari 2025 * ?Kejadian gelongsoran tanah di kawasan cerun yg melibatkan ancaman bahaya runtuhan kepada 3 buah rumah di atas bukit dan kawasan rumah teres di bawah bukit tersebut. ?? Kampung Gas Tengah, Sandakan * Kejadian pada 22 Mac 2025. * ?Jatuhan batuan yang menghalang jalan dan risiko kpd penduduk kampung Gas di kaki cerun. 5?? Sesi libat urus ini diteruskan dengan Focus Group Discussion (FGD). Rumusan FGD adalah seperti berikut: 1. Maklumat di dalam Aplikasi ini dapat membantu agensi-agensi di dalam pengurusan bencana. 2. ?Peta-peta topography, terain, cerun, sumber mineral dan sebagainya dapat dijadikan rujukan dan panduan di dalam menghalang bencana dari berlaku seperti di peringkat pembangunan. 3. ?Modul-modul yang perlu dikemas kini sepanjang masa dan input-input dari pelbagai agensi diperlukan seperti inventori tanah runtuh, bencana geologi dan perancangan pembangunan. 4. ?Sesetengah agensi belum mempunyai sistem seperti ini. Oleh itu, sistem ini sebagai satu rujukan yang sangat berguna kepada agensi berkaitan. 5. ?Semua agensi berminat proses kemas kini sistem ini secara langsung tetapi tertakluk kepada prosedur (data kerahsiaan dsbgnya) dan polisi Jabatan. 6. ?Dicadangkan supaya sistem ini dibuat juga dalam aplikasi mobile. Sekian untuk makluman.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan