Penerangan
Pihak premis, Sankina Oil Mills Sdn Bhd telah diminta untuk mengadakan pembentangan kepada pihak Jabatan susulan daripada tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dan Gantung Lesen yang dikenakan ke atas premis berikutan kejadian benteng kolam pengolahan efluen runtuh dan limpahan efluen yang telah menyebabkan pencemaran kepada alur air terdekat pada 5 Februari 2025.
2?? Pihak premis dan perunding telah membentangkan status tindakan pembaikan benteng kolam pengolahan, hasil dapatan/laporan kajian kesesuaian tanah yang telah dijalankan oleh pakar geoteknikal yang dilantik, pelan jangka pendek serta pelan jangka premis bagi menangani isu ini.
3?? Pihak premis diminta untuk membina lebih banyak monsoon drain untuk mengalirkan air yang berpunca daripada bukit yang menjadi penyebab kepada kejadian landslide dan menjalankan pemantauan setiap tiga (3) bulan sekali di kawasan kolam pengolahan sedia ada bagi memantau pergerakan serta kestabilan struktur tanah menggunakan inclinometer. Notis Arahan akan dikeluarkan bagi kedua-dua perkara ini.
4?? Pihak premis juga diminta untuk memendekkan tempoh masa untuk melaksanakan penutupan dua (2) unit kolam pengolahan efluen yang terlibat iaitu Primary Anaerobic Pond No. 2 dan Secondary Anaerobic Pond No. 1 untuk diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan September 2025.