Penerangan
24 Mac 2025, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Kesidang, JAS Negeri Selangor. Perhimpunan bulanan telah dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lafaz Rukun Negara dan ucapan oleh YBrs. Puan Nor Aziah Binti Jaafar, Pengarah, JAS Negeri Selangor.
Pengarah semasa ucapannya antara lain telah mengingatkan semua pegawai JAS Negeri Selangor untuk meneruskan komitmen sebagai agensi penguatkuasa yang kehadapan dalam membanteras kes-kes pencemaran alam sekitar yang semakin mencabar. Melalui pelancaran pakaian seragam JAS pada 3 Mac 2025, ia menjadi satu lagi detik kejayaan yang terpahat sepanjang penubuhan Jabatan lebih 50 tahun lalu.