Penerangan
SUBANG JAYA, 29 Mac 2025 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Rondaan dilaksanakan di kawasan sekitar Subang Jaya.
Hasil pemantauan dan rondaan OMPT, tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui.
Pemantauan di kawasan industri di sekitar Shah Alam turut dilakukan pada bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan tersebut.
Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
JAS Negeri Selangor komited dalam mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis yang tidak patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. Semua pihak hendaklah memikul tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk bersama-sama memelihara alam sekitar.